Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) telah mengemukakan pelbagai perkara untuk dipertimbangkan kerajaan demi kepentingan kira-kira 1.5 juta penjawat awam menjelang Sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam 2014 pada Khamis ini.
Presidennya
Azih Muda berkata Cuepacs mengemukakan permintaan itu kepada Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pertemuan semalam.
Antara
perkara yang dikemukakan untuk penelitian kerajaan ialah mengenai beberapa elaun
dan insentif penjawat awam termasuk elaun tetap perumahan, elaun perkhidmatan
awam dan tuntutan perjalanan yang sudah lama tidak dikaji walaupun kos sara
hidup kian meningkat.
"Kenaikan
harga barang akan beri kesan kepada kehidupan kita terutama pejawat awam
kumpulan pelaksana. Elaun tetap perumahan dan elaun khidmat awam sudah lama tak
dikaji.
"Kadar
hotel juga perlu dikaji. (Kadar) hotel sudah banyak kali naik... Adakah adil
setiap kali buat urusan rasmi kerajaan, kami kena tanggung sendiri (bayaran)
hotel.
"Kadar
tuntutan perjalanan juga sudah lama tidak dikaji sedangkan harga petrol banyak
kali naik. Ini semua memberi bebanan dalam melaksanakan tugas. Kami juga meminta
supaya Cola (Elaun Sara Hidup) diselaraskan," katanya kepada pemberita di sini,
hari ini.
Toyota
Fantastic Rewards April 2014
Sambutan
Hari Pekerja Penjawat Awam 2014 akan diadakan di Dewan Wawasan, Jitra pada
Khamis ini, yang dijangka dihadiri oleh Perdana Menteri.
Azih
berkata kerajaan juga perlu melihat kembali proses pembelajaran sepanjang hayat
kerana ketika ini semakin ramai pekerja awam berkelulusan tinggi yang memilih
untuk memegang jawatan yang rendah.
"Jangkaan
kita dalam lima tahun akan datang, 75 peratus jawatan sektor awam akan diisi
mereka yang ada sekurang-kurangnya diploma. Laluan kerjaya hendaklah diubah,
laluan kerjaya yang lebih luas harus dibuka," katanya.
Azih
turut membangkitkan mengenai tempoh pengesahan seseorang penjawat awam yang kini
antara satu hingga tiga tahun yang beliau sifatkan terlalu lama.
"Selagi
tidak dapat pengesahan, mereka tidak boleh beli rumah, tidak boleh pinjam bank.
Akhirnya mereka pinjam Along...(oleh itu) masa pengesahan jawatan patut
dipendekkan kepada satu hingga enam bulan," katanya.
Beliau
turut meminta kerajaan supaya melihat semula kepada perkhidmatan tertutup yang
melibatkan 154 pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun yang termasuk 20
institusi pengajian tinggi awam.
"Cuepacs
merayu supaya diperluaskan asas masa yang diberikan kepada kumpulan guru kepada
perkhidmatan tertutup ini. Kalau tidak dapat seperti guru, laluan kerjaya mereka
harus dibuka," katanya.
Menurutnya
Cuepacs turut mencadangkan kerajaan supaya menukar status kuarters kerajaan
sebelum merdeka menjadi rumah sewa kerajaan dan dikenakan sewa pada kadar RM124
kerana ketika ini penjawat awam yang menduduki kuarters mereka hilang elaun
rumah dan Cola pula diberi pada separuh kadarnya.
Azih
berkata Cuepacs juga mengesyorkan kerajaan supaya memberikan cuti antara 12
hingga 15 hari kepada penjawat awam untuk menunaikan umrah.
"Dalam
Perintah Am, setiap pekerja Islam, boleh ambil sekali cuti untuk menunaikan
Haji. (Masalahnya) kalau daftar haji hari ini, mereka layak pergi pada
2075...sebab itu kami cadangkan cuti untuk menunai umrah sebagai ganti cuti
Haji.
"Sekiranya
ada peluang penjawat awam menunai haji, kekurangan 12-15 hari itu boleh
ditampung dengan cuti rehat," katanya.
Beliau
berkata Cuepacs juga tidak bersetuju dengan tindakan untuk memperkecilkan
perkhidmatan awam yang dilaksanakan ketika ini kerana ia memberi kekangan hebat
kepada jabatan untuk melaksanakan agenda dan polisi.
Azih
turut meminta kerajaan supaya mengubah pengiraan ganjaran persaraan daripada 7.5
peratus kepada 10.5 peratus, selain jumlah pencen dinaikkan daripada 60 peratus
kepada 70 peratus atau daripada 360 bulan kepada 372 bulan.
"Apabila
pencen nanti, penjawat awam dapat nilai pencen yang tinggi sedikit. Pencen
minimum sekarang ialah RM820 yang di bawah garis kemiskinan tetapi ada kenaikan
dua peratus setahun. Faedah persaraan sekarang juga kecil sangat, kalau
berkhidmat 40 tahun pun tak mampu nak beli sebuah rumah," katanya.
Beliau
berharap kerajaan dapat membantu kumpulan penjawat awam yang gajinya di bawah
RM3,000 kerana mereka kini berada dalam keadaan tertekan malah ada yang bergaji
di bawah garis kemiskinan iaitu RM880.-- BERNAMA
Berikut merupakan antara tuntutan CUEPACS pada Hari Pekerja 2014. Presiden Cuepacs dan Datuk Seri Najib ada bertemu mengadakan perbincangan empat mata melibatkan nasib dan kepentingan 1.5 juta kakitangan awam di Malaysia. - Penambaikan beberapa elaun dan insentif penjawat awam termasuk elaun tetap perumahan, elaun perkhidmatan awam yang sudah lama tidak dikaji walaupun kos sara hidup melambung tinggi ketika ini
- Kadar hotel juga perlu dikaji semula kerana kadar hotel sudah banyak kali naik. Realiti hari ini, melibatkan urusan rasmi kakitangan awam terpaksa menanggung sendiri tambahan bayaran hotel.
- Kajian terhadap tuntutan perjalanan sedangkan harga petrol banyak kali naik
- Bayaran Cola (Elaun Sara Hidup) diselaraskan
- Laluan kerjaya hendaklah diubah, laluan kerjaya yang lebih luas harus dibuka kerana realitinya hari ini kerana semakin ramai pekerja awam berkelulusan tinggi yang memilih untuk memegang jawatan yang rendah. Dijangka 5 akan datang, 75 peratus jawatan sektor awam akan diisi mereka yang ada sekurang-kurangnya diploma.
- Kajian semula terhadap tempoh pengesahan seseorang penjawat awam yang kini antara satu hingga tiga tahun yang dilihat terlalu lama yang dipendekkan kepada hanya satu hingga enam bulan sahaja bagi mengelakkan kalangan kakitangan awam meminjam Along kerana tidak layak memohon pinjaman bank, dan membeli rumah
- Kajian terhadap perkhidmatan tertutup yang melibatkan 154 pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun yang termasuk 20 institusi pengajian tinggi awam.
- Kerajaan supaya menukar status kuarters kerajaan sebelum merdeka menjadi rumah sewa kerajaan dan dikenakan sewa pada kadar RM124 kerana ketika ini penjawat awam yang menduduki kuarters mereka hilang elaun rumah dan Cola pula diberi pada separuh kadarnya.
- Memberikan cuti antara 12 hingga 15 hari kepada penjawat awam untuk menunaikan umrah. “Dalam Perintah Am, setiap pekerja Islam, boleh ambil sekali cuti untuk menunaikan Haji. (Masalahnya) kalau daftar haji hari ini, mereka layak pergi pada 2075. Sebab itu Cuepacs cadangkan cuti untuk menunai umrah sebagai ganti cuti Haji. Sekiranya ada peluang penjawat awam menunai haji, kekurangan 12-15 hari itu boleh ditampung dengan cuti rehat
- Mengubah pengiraan ganjaran persaraan daripada 7.5% kepada 10.5%, jumlah pencen dinaikkan daripada 60% kepada 70 % atau daripada 360 bulan kepada 372 bulan. Apabila pencen nanti, penjawat awam dapat nilai pencen yang tinggi sedikit. Pencen minimum sekarang ialah RM820 yang di bawah garis kemiskinan tetapi ada kenaikan dua peratus setahun. Faedah persaraan sekarang juga kecil sangat, walaupun telah berkhidmat 40 tahun pun tak mampu nak beli sebuah rumah
- Membantu kumpulan penjawat awam yang gajinya di bawah RM3,000 kerana mereka kini berada dalam keadaan tertekan malah ada yang bergaji di bawah garis kemiskinan iaitu RM880
- Penambaikan beberapa elaun dan insentif penjawat awam termasuk elaun tetap perumahan, elaun perkhidmatan awam yang sudah lama tidak dikaji walaupun kos sara hidup melambung tinggi ketika ini

No comments:
Post a Comment