Saturday, 3 May 2014

Ahli Arkeologi Britain Jumpa Ekor Pesawat MH370

Seorang ahli arkeologi laut Britain mendakwa dirinya telah berjaya menemui serpihan pesawat MH370 di perairan Vietnam yang terletak lebih 3,000 batu dari kawasan carian yang dilakukan pasukan SAR di Lautan Hindi selama ini.


Berdasarkan imej dirakam satelit NASA, warna merah dan biru pada serpihan tersebut kelihatan seakan-akan ekor MH370. Turut disertakan gambar menyerupai tingkap dan sayap pesawat.


-->
Tim Akers sudah bertahun-tahun mengkaji aliran laut Perth untuk mencari serpihan kapal Perang Dunia II Australia, HMAS Sydney yang dipercayai hilang di sekitar perairan Barat Australia, tempat sama di mana MH370 diumumkan berakhir.




Hingga ke hari ini, pencarian besar-besaran MH370 yang kini memasuki hari ke 56 kehilangannya gagal menemui sebarang petunjuk meskipun menggunakan pelbagai aset canggih termasuk satelit, radar, pesawat dan kapal dari pelbagai negara dan peralatan dalam air yang sofistikated. Justeru kenyataan yang hanya menggunakan cetakan gambar satelit ini sudah tentu sukar diterima bulat-bulat sesetengah pihak.

Begitu pun bukan Akers seorang tampil dengan dakwaan penemuan bangkai MH370 jauh dari kawasan carian dilakukan secara rasmi.





Bekas juruterbang Amerika Syarikat, Michael Hoebel dari New York turut percaya carian olehnya menggunakan TomNod.com telah menemui serpihan MH370 di dasar laut di barat wilayah Songkhla, luar perairan timur laut Malaysia di Thailand, juga pada minggu ini.

Akers yang merupakan penyelidik bebas bersama Muzium Maritim Nasional Australia berkata, dia kini sedang meneliti penemuannya itu yang dipercayai turut menyokong laporan daripada pekerja pelantar minyak kepada pihak berkuasa Vietnam sebelum ini bahawa mereka ada terlihat pesawat terbang dalam keadaan terbakar.

No comments:

Post a Comment