Monday, 19 May 2014

PRK Teluk Intan : Gerakan: Terima kasih sajalah, Ibrahim Ali



-->
Penasihat Gerakan Datuk Chang Ko Youn berkata, parti itu tidak akan menggunakan gambar calon DAP di Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud dengan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali sebagai bahan kempen.

Parti itu, katanya, lebih berminat mengetengahkan kekuatan calonnya Datuk Mah Siew Keong sebagai seorang pemimpin berpengalaman.

“Kami tidak akan guna taktik sebegitu,” katanya dalam sidang media di Teluk Intan.

Perang dalam alam maya sempena pilihan raya kecil Teluk Intan berterusan, kali ini gambar Dyana dengan Ibrahim pada satu majlis kini beredar di Internet (kanan).

Ia mencetuskan persoalan berhubung hubungan Dyana dengan Ibrahim, yang sering dikritik oleh DAP yang mengaitkannya dengan sikap dan garis politik perkauman.



Ibrahim pula mengalu-alukan Gerakan supaya menggunakan itu sebagai kempen menolak calon DAP, seperti dilakukan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Kajang sebelum ini.

Sementara itu, Dyana pula ketika diminta mengulas isu sama berkata, terpulanglah kepada Gerakan jika mahu menggunakan gambarnya dengan pemimpin kumpulan pendesak Melayu itu.

Katanya, gambar itu tidak menandakan beliau bersetuju dengan ideologi PERKASA yang dikaitkan dengan isu perkauman.

Dyana berdepan Mah dalam pertembungan satu lawan satu pada pengundian 31 Mei ini.

No comments:

Post a Comment