Wednesday, 7 May 2014

Datuk Seri Ahmad Said Digugurkan Dari Kerusi Menteri Besar Terengganu

Datuk Seri Ahmad Said Digugurkan Dari Kerusi Menteri Besar Terengganu. Datuk Seri Ahmad Said yang memegang kerusi Menteri Besar Terengganu akan digugurkan atas sebab-sebab tertentu mengikut percaturan pucuk pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN).



Putrajaya telah meminta dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk bersedia menghadapi rombakan yang dipercayai akan berlaku dalam pucuk pimpinan tertinggi di negeri itu.
Proses pelantikan Menteri Besar baharu di Terengganu sedang dilakukan dan akan berlaku pada bila-bila masa antara 15 dan 18 Mei ini.

Dua individu tersebut iaitu Adun Seberang Takir, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman, 49, dan Adun Air Putih, Wan Hakim Wan Ahmad, 45 akan dilantik sebagai exco kerajaan negeri.

Detik perubahan di Terengganu harus dilakukan apabila Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said telah menandatangani satu surat persetujuan bahawa beliau akan kekal selama setahun selepas Barisan Nasional menang tipis di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.


-->

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi tempoh selama setahun selepas PRU-13 kerana beliau mahu pemimpin tertinggi di negeri itu berundur secara baik.

Surat sepanjang dua perenggan itu menyatakan Ahmad akan meletak jawatan sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri selepas setahun dan pada tarikh yang akan ditentukan oleh Perdana Menteri.

No comments:

Post a Comment