Wednesday, 7 May 2014

Bekalan elektrik putus di beberapa negeri

 


Puluhan pelanggan Tenaga Nasional Bhd membanjiri laman Facebook syarikat utiliti tersebut untuk mengadu mengenai masalah bekalan elektrik yang terputus di kawasan mereka sejak petang ini.

Pengguna laman sosial tersebut menyatakan masalah itu dikesan berlaku di Sungai Petani (Kedah), Jempol, Seremban (Negeri Sembilan), Segamat, Muar (Johor).


-->
Ada di antaranya yang mengeluh kerana tidak dapat menyalurkan aduan melalui talian telefon khidmat pelanggan TNB.

“Bekalan eletrik di kawasan rumah saya di Bandar Puteri, Sungai Petani terputus. Ada penjelasan tak? Saya cuba hubungi talian aduan tapi sibuk,” kata seorang pengguna bernama Redza Blade.

Sementara itu, seorang jurucakap Tenaga Nasional Bhd (TNB) ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata syarikat utiliti tersebut akan mengeluarkan satu kenyataan hari ini.

TNB di laman berkenaan memohon maaf atas masalah bekalan tersebut dan menjelaskan usaha mengatasi masalah tersebut sedang dijalankan.

“Terdapat gangguan bekalan di dikawasan berikut dan usaha untuk memulihkan bekalan ke kawasan-kawasan perumahan sedang giat dilakukan oleh pihak kami.

“Pihak kami juga akan maklumkan situasi pemulihan ini dari masa ke semasa. Disebabkan gangguan ini, talian kami 15454 adalah agak sibuk dengan panggilan dari pengguna,” kenyataan itu dipetik

No comments:

Post a Comment