Monday 19 May 2014
PRK Teluk Intan : Foto Dyana dan Ibrahim Ali pula tersebar
Perang dalam alam maya sempena pilihan raya kecil Teluk Intan berterusan, kali ini gambar calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dengan ketua Perkasa Ibrahim Ali pada satu majlis kini beredar dalam internet.
-->
Gambar yang tidak bertarikh itu memaparkan Ibrahim tersenyum dan berdiri di antara Dyana dan ibunya Yammy Samat, yang kelihatan seperti dalam satu majlis makan malam.
Tersebar dalam Facebook, mereka kelihatan seolah-olah tidak bergabung dengan parti politik, gambar itu mencetuskan beberapa persoalan hubungan Dyana dengan Ibrahim, yang sering dikritik oleh DAP kerana sikap dan garis politik perkaumannya.
Ada pihak yang mendakwa Ibrahim adalah bapa angkat - yang digunakan dalam konteks orang Melayu sebagai kawan rapat keluarga.
Bagaimanapun hasil pemeriksaan mendapati gambar tersebut diambil dalam sebuah majlis makan malam di sebuah restoran di Kuala Lumpur minggu lalu.
Majlis itu diadakan bagi meraikan Tengku Razaleigh Hamzah yang dianugerahkan Ijazah Kehormat dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Dalam kiriman SMSnya kepada Malaysiakini kelmarin, Ibrahim menafikan dakwaan bahawa Dyana merupakan anak angkat beliau sebaliknya mengenali rapat ibu Dyana, Yammy Samat.
Menurut Ibrahim, Yammy adalah penyokong kuat ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dan bersama-sama dengannya berkempen bagi Ku Li merebut jawatan timbalan presiden dan presiden Umno pada 1984 dan 1987.
"Yammy ni semua wanita umno kenal. Pemimpin Umno pun, hampir semua kenal nya. Itu saja tapi sejak saya tak jadi ahli Umno dari tahun 2013, macam putus hubungan.
"Cuma kekal kawan,jumpa tempat kenduri atau majlis-majlis yang saya dan dia dijemput. Itu saja. Dyana bukan anak angkat saya,"katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment