Thursday, 1 May 2014

Ahli Parlimen Teluk Intan meninggal dunia 1 Mei 2014 pada 7.45 pagi

IPOH - Ahli Parlimen Teluk Intan, Seah Leong Peng, 48, disahkan meninggal dunia kerana penyakit kanser yang dihidapinya.

Mendiang dilaporkan meninggal dunia jam 7.45 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Berita kematian Leong Peng disahkan sendiri oleh Setiausaha DAP Negeri Perak, Wong Kah Woh ketika dihubungi Sinar Harian sebentar tadi.​



"Ya, memang kita ada terima berita kematian itu. Maklumat yang kita terima dia meninggal kira-kira jam 7 pagi," katanya.

Leong Peng menang di kerusi Parlimen Teluk Intan pada PRU13 lalu dengan majoriti 7,313 menewaskan calon BN yang juga Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas, K Moralingam.


Berikut merupakan keputusan PRU 13 bagi Parlimen Teluk Intan:-
 
P.076 TELUK INTAN (PRU 13)
Datuk Mah Siew Keong (BN) - 20,086
Seah Leong Peng (DAP) - 27, 399
Moralingam Kannan (Bebas) - 279
Majoriti - 7,313


No comments:

Post a Comment