Monday, 19 May 2014
PRK Teluk Intan : Shahrizat perlu belajar daripada ibu saya - Dyana Sofea
-->
TELUK INTAN: Calon DAP bagi pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud berkata Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sepatutnya belajar daripada ibunya, Yammy Samat yang memberi sokongan kepadanya walau berbeza parti.
Kata Dyana, Yammy walaupun seorang ahli Umno namun selaku ibu tetap memberi sokongan kepada Dyana kerana kini tiba masanya untuk golongan muda memikul lebih tanggungjawab.
"Saya minta beliau belajar daripada ibu saya yang juga seorang anggota Umno tetapi menyedari bahawa pencalonan saya oleh DAP memberi peluang kepada wanita muda dalam politik, terutama wanita Melayu muda, yang sering terhalang dengan struktur kebapaan dalam Umno.
"Apa yang saya capai sekarang disebabkan oleh keluarga, ibu saya, dan kerja keras... dan keputusan peribadi yang saya buat sepanjang hidup saya," kata Dyana dalam satu kenyataan hari ini.
Yammy merupakan wanita pertama yang menjadi setiausaha wanita Umno bahagian dan kini kekal menjadi anggota Umno di Ipoh.
Shahrizat semalam berkata beliau bersimpati dengan Dyana yang didakwanya diperalatkan oleh DAP dan menjadi "boneka" DAP.
Ketua Wanita Umno itu juga berkata, Dyana tidak akan berada di kedudukan sekarang jika tidak kerana Umno.
Dalam jawapan balasnya, Dyana berkata beliau akan menjadi MP paling muda di Parlimen sekiranya dipilih oleh pengundi dalam pilihan raya kecil ini.
Perkara itu pastinya tidak akan dapat dicapai sekiranya beliau menyertai Umno, katanya.
Katanya, kenyataan Shahrizat itu menunjukkan Wanita Umno gagal melonjakkan wanita ke kedudukan utama dalam negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment