Monday, 19 May 2014

PRK Teluk Intan : "Saya tidak menentang hudud, tetapi saya menentang pelaksanaannya" - Dyana Sofya



-->
KUALA LUMPUR: Calon DAP-Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud berkata beliau tidak akan menyokong pelaksanaan hudud di negara ini dan akan tetap berpegang dengan pendirian partinya yang menentang pelaksanaan undang-undang Islam tersebut.

Bagaimanapun, Dyana dalam satu temubual oleh sebuah portal berita baru-baru ini menafikan menentang hukum itu secara sendirinya.

"Saya tidak menentang hudud tetapi saya menentang pelaksanaan hudud pada situasi ketika di mana kita mengamalkan pendakwaan terpilih.. dan juga kerana kita sedang berada di dalam negara pelbagai kaum, agama dan kepercayaan," katanya.

Menurut beliau, fokusnya buat masa ini adalah untuk memperbetulkan sistem perundangan, penguatkuasaan dan juga kegiatan rasuah yang didakwanya sedang berlaku pada masa sekarang.

PAS sebelum ini berhasrat membawa Rang Undang-Undang Persendirian (RUU) di Dewan Rakyat pada Jun ini bagi membolehkan Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 dilaksanakan di Kelantan.

Bagaimanapun hasrat itu ditangguh bagi membolehkan penubuhan Jawatankuasa Teknikal antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Kelantan seperti yang dicadangkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memberi pemahaman kepada semua pihak tentang hudud.

Hudud mendapat tentangan dari beberapa pihak terutama sekali DAP dan juga parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA yang menegaskan akan mengkaji kedudukan mereka dalam gabungan itu jika UMNO menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan.

Bagaimanapun PAS melalui presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan akan tetap melaksanakan undang-undang tersebut sekalipun ditentang oleh rakannya dalam Pakatan Rakyat kerana menurutnya parti Islam itu "tidak ada perjanjian dengan DAP dan PKR" untuk tidak melaksanakan undang-undang jenayah Islam itu.

Tegas Abdul Hadi, undang-undang jenayah Islam itu telah ada dalam perjuangan PAS lama sebelum penubuhan pakatan politik tiga parti itu.

No comments:

Post a Comment