Sunday 25 May 2014

Tengku Abdullah Presiden FAM yang baharu


-->
KUALA LUMPUR: Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dipilih Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu selepas peroleh 27 daripada 39 undi, tewaskan Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam saingan dua penjuru, hari ini.

Awal pagi tadi, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah mengumumkan baginda menarik diri daripada bertanding mempertahankan jawatan Presiden FAM selepas memegang jawatan itu selama 30 tahun sejak 1984.

Pengumuman itu dibuat Sultan Ahmad Shah pada ucapan pembukaan kongres ke-50 di Hotel Holiday Inn, Glenmarie, Shah Alam.

Dengan itu, saingan rebut jawatan Presiden antara Tengku Abdullah dan Tunku Ismail yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

No comments:

Post a Comment