Saturday 24 May 2014

DNA babi dikesan dalam dua jenis coklat susu Cadbury Dairy Milk

DNA babi dikesan dalam dua jenis coklat susu Cadbury Dairy Milk

-->
SHAH ALAM: Cadburry Confectionary Malaysia Sdn Bhd akan menarik semula produk makanan Coklat Susu dengan Kacang Hazelnut dan Coklat Susu dengan Kacang Badam jenama Cadburry Dairy Milk setelah disahkan mengandungi DNA khinzir.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) awal pagi tadi mengesahkan penemuan  DNA babi (porcine) dalam dua produk coklat terbabit.

Syarikat pengeluar produk berasaskan coklat itu juga dalam satu kenyataan hari ini, memberi jaminan akan menarik semula produknya dari pasaran dengan serta-merta.

Menurutnya kenyataan itu, tiada coklat Cadburry dipengaruhi oleh ujian tersebut.

Dalam pada itu, pihaknya sedang menjalankan kajian penuh rantaian bekalan bagi memastikan semua standard kualiti terus dipenuhi.

"Kami memberi jaminan kepada pengguna kami bahawa coklat Cadburry yang dikeluarkan oleh Malaysia adalah disahkan halal oleh Jakim termasuk lokasi dan bahan mentah yang digunakan dalam pengeluaran produk tersebut.

"Kami menggunakan prosedur kualiti yang ketat untuk memastikan bahawa produk kami mematuhi standard tertinggi kualiti dan keselamatan kami," katanya.

Pendedahan itu dibuat KKM dan mengesahkan bahawa dua dari tiga sampel Coklat Cadburry yang diambil telah diuji dan didapati positif porcine.

No comments:

Post a Comment