Saturday 3 May 2014

MH370: Pesawat China sertai SAR berlepas pulang

-->

SUBANG: Dua pesawat Ilyushin IL-76s milik Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines MH370, yang tiba di Pangkalan Udara Subang di sini petang semalam berlepas ke China, pagi tadi.

Kedua-dua pesawat berlepas kira-kira jam 8 pagi dan 8.30 pagi dengan membawa 38 anak kapal. 
Pesawat yang diketuai Kolonel Kanan Liu Dian Jun yang tiba dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Australia Pearce dalam perjalanan pulang selepas pencarian udara pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi digantung berikutan pengumuman pencarian memasuki fasa baharu membabitkan tumpuan di kawasan dasar laut.

Penerbangan MH370 membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada imbasan skrin radar ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac lalu setelah berlepas kira-kira sejam dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL menuju Beijing pada 12.41 tengah malam.
Gerakan SAR mula-mula dilancarkan di Laut China Selatan kemudian ditumpukan di selatan Lautan Hindi apabila ia dikatakan melencong daripada laluan asal.

Isnin lalu, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott mengumumkan misi mencari memasuki fasa baharu dengan tumpuan diberikan kepada kawasan yang lebih luas di dasar laut.

No comments:

Post a Comment