Wednesday 14 May 2014

Khalid arah peguam fail saman pada Manikavasagam bersabit dakwaan beli undi


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengambil tindakan mahkamah terhadap calon Ketua Cabang Kuala Selangor, S. Manikavasagam ekoran dakwaan beliau membeli undi pada Pemilihan PKR kali ini.

Melalui laman sosial Facebooknya Khalid berkata beliau telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis tuntutan saman kepada bekas ahli Parlimen Kapar itu.

"Saya telah arahkan peguam untuk menghantar Notis Tuntutan Saman kepada Manikavasagam kerana menuduh saya melakukan rasuah membeli pengundi," kata Khalid.



Khalid berkata, pihaknya juga mengarahkan peguam menghantar notis tuntutan maaf kepada Manikavasagam.

Manikavasagam pada Ahad lalu mendakwa Khalid memberi rasuah wang kepada pengundi sebanyak RM50 seorang dan mempunyai bukti rakaman video yang akan didedahkannya dalam laman web.
-->
"Saya menerima aduan pemilih diberi rasuah sebanyak RM30 untuk memberi undi kepada calon yang bertanding bagi jawatan kebangsaan dan RM20 bagi jawatan ketua cabang Kuala Selangor.

"Saya harap jawatankuasa pemilih akan bertindak segera tentang perkara ini," katanya.
Khalid bagaimanapun menafikan tuduhan itu, sebaliknya mengakui menaja pengangkutan bagi kemudahan pengundi ke tempat pusat mengundi.



Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR semalam turut mengesahkan tidak menerima sebarang aduan rasmi berhubung dakwaan terhadap menteri besar Selangor itu.

"Setakat ini tidak ada aduan politik wang, bagi calon yang berjawatan negeri, termasuk exco, kehadiran mereka dalam majlis rasmi negeri tidak disifatkan sebagai satu bentuk kempen," kata Pengerusi Panel Bantahan JPP, Abdul Malek Hussin.

No comments:

Post a Comment