Monday 19 May 2014

PRK Teluk Intan : Penamaan calon PRK Parlimen Teluk Intan ditutup


-->
Proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) kerusi Parlimen Teluk Intan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak di Teluk Intan, ditutup pada 10 pagi ini yang dibuka sejak jam 9 pagi.

Hanya dua calon mengemukakan borang pencalonan mereka iaitu calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Ibrahim Ahmad dijangka mengumumkan calon yang layak bertanding tidak lama lagi.

Pengundian awal akan diadakan 27 Mei ini manakala hari pengundian ditetapkan pada 31 Mei.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Ibrahim Ahmad dijangka mengumumkan nama calon yang layak bertanding dalam PRK itu, sebelum 11 pagi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas.

Sejumlah 60,349 pemilih berdaftar terdiri daripada 59,927 pengundi biasa, 410 pengundi awal dan 12 pengundi Tidak Hadir Luar Negara layak mengundi pada PRK itu.  - Bernama, 19 Mei, 2014

No comments:

Post a Comment