Saturday 24 May 2014

Final Piala Thomas Dijangka disiar RTM melalui Ehsan ASTRO

 Post Pic

-->
SHAH ALAM: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini membuat rayuan terbuka supaya perlawanan akhir Piala Thomas dapat disiarkan secara langsung melalui stesen televisyen Radio Televisyen Malaysia (RTM).


Khaliry melalui laman sosial Facebooknya berkata, ini kerana kali terakhir Malaysia layak beraksi pada perlawanan akhir Piala Thomas adalah pada 12 tahun lepas.

Justeru, hak siaran tersebut perlu dikurangkan atau dihadiahkan kepada rakyat Malaysia menerusi RTM kerana terdapat sebilangan rakyat Malaysia yang masih tidak melanggan Astro.

"Selaku Menteri Sukan saya ingin buat rayuan terbuka kepada ASTRO, bagi seluruh pencinta sukan tanahair, agar dikurangkan atau dihadiahkan terus hak siaran tersebut kepada rakyat Malaysia menerusi RTM," katanya.

"Bukan selalu kita masuk final Piala Thomas. Kali terakhir 12 tahun lepas. Dan kali terakhir kita menang 22 tahun yang lepas. Siaran perlawanan akhir esok harus dibawa kepada seluruh rakyat menerusi rancangan percuma.n akhir esok harus dibawa kepada seluruh rakyat menerusi rancangan percuma," ujarnya.

Khairy sebelum ini dipetik sebagai berkata, pihak RTM tidak mempunyai peruntukan yang cukup untuk membayar syarikat televisyen swasta Astro untuk membeli siaran secara langsung dari stesen tersebut.

Beliau juga difahamkan bahawa kebanyakan peruntukan penyiaran sudah disalurkan untuk hak siaran Piala Dunia Bola Sepak yang akan berlangsung di Brazil, bermula 12 Jun hingga 13 Julai ini.
Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyatakan bahawa RTM tidak menyiarkan siaran langsung Piala Thomas peringkat separuh akhir malam tadi kerana hak penyiaran diperoleh sebuah syarikat televisyen swasta.

Dalam pada itu mengulas lanjut kejayaan skuad badminton Malaysia ke peringkat akhir Piala Thomas selepas menewaskan Indonesia 3-0 pada separuh akhir semalam, Khairy mahu atlet negara buktikan Malaysia boleh.

   
Menyifatkan ini peluang terbaik untuk membawa pulang piala itu ke tanah air selepas kemarau 22 tahun, Khairy bagaimanapun mengingatkan pemain agar tidak terlalu yakin ketika bertemu Jepun pada final.

"Saya berharap mereka akan merealisasikan harapan seluruh rakyat Malaysia untuk melihat skuad negara menewaskan Jepun di perlawanan akhir.

   
"Bagaimanapun saya ingin menasihatkan kepada pemain agar tidak terlalu yakin, berjuanglah sehingga kemenangan mutlak  berpihak kepada Malaysia," katanya kepada pemberita di sini.

    
Selain Malaysia yang mencipta kejayaan mengatasi sasaran separuh akhir, Jepun melakar sejarah tersendiri apabila menyingkirkan gergasi badminton dunia, China dengan 3-0 dalam satu lagi saingan separuh akhir.

Khairy berkata Jepun tidak boleh dianggap sebagai lawan yang mudah memandangkan ia berjaya menundukkan China.

    
"Yang paling penting sekarang adalah pemain perlu fokus kepada permainan mereka, sekiranya berjaya membawa pulang Piala  Thomas, ini adalah kejayaan paling bermakna kepada skuad badminton negara," katanya.

Kali terakhir Malaysia menjulang Piala Thomas ialah pada 1992 di Kuala Lumpur manakala kali terakhir layak ke perlawanan akhir ialah ketika di Guangzhou pada 2002 dan tewas 2-3 kepada Indonesia.

No comments:

Post a Comment