Wednesday 23 July 2014

22 JUL : Kebakaran Di Tol KESAS Petang Tadi

kesas1

Sebuah lori yang penuh dengan muatan tanah terbakar selepas merempuh tembok penghadang di Plaza Tol Sunway (arah barat) di Lebuhraya KESAS.

Kejadian dalam jam 4 petang tadi melibatkan dua buah kenderaan termasuk sebuah kenderaan MPV yang berada di laluan sama turut terbakar selepas berlanggar dengan lori terbabit.

Bagaimanapun, pemandu lori dipercayai telah melarikan diri selepas kemalangan itu.
“Pemandu ketiga-tiga kereta berkenaan termasuk seorang jurutol yang sedang bertugas di plaza tol berkenaan sempat menyelamatkan diri,” katanya.

Difahamkan jurutol berkenaan bersama dua pemandu yang cedera dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya akibat kecederaan yang dialami. Manakala pemandu lori berkenaan tidak dapat dikesan dipercayai melarikan diri.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba Penchala dan Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian dan api dapat dipadam sepenuhnya dalam tempoh 10 minit,” katanya.

kesas2  kesas3
kesas4

No comments:

Post a Comment